NAMA : HIDAYAH BINTI SULAIMAN
UMUR : 36 TAHUN
Latar belakang
Merupakan suri rumah sepenuh masa menguruskan anak-anak pergi dan pulang sekolah. Namun setelah beberapa ketika beliau mula terfikir untuk memulakan perniagaan bermula dari rumah. Memikirkan kos memulakan perniagaan adalah tinggi, beliau cuba untuk membuat makanan ringgan yang memerlukan modal yang kecil dan mempunyai banyak sambutan. Maka terhasilah jejari keropok sira pedas kaluarannya sendiri. Selepas itu beliau mula menceburkan diri sebagai dropship barangan kosmetik.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum pengibatan PEDi beliau hanya mempromosikan makanan buatannya ke dalam kumpulan whatsapp dan di dalam status whatsapp persendiriannya sahaja. Tidak yakin untuk mempromosikan di media sosial.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas mendapat latihan di PEDi, beliau mula belajar untuk mempromosikan di media sosial.Dari menjadi dropship kepada barangan kosmetik kini beliau telah begelar agen dan Berjaya mempunyai stok sendiri untuk dijual. Pendapatan beliau kini sekitar rm400 ke rm700 sebuan.
Apa yang dipelajari melalui PEDi
- Cara mempromosikan,menambah kenalan di media Facebook
- Membuat iklan produk memalui aplikasi mudah seperti Microsoftbook word
- Membuat iklan mudah menggunakan aplikasi android
- Membuat flies dan iklan di Fac
Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
PEDi sangat membantui saya dalam menyediakan bahan untuk promosi. Saya tidak pandai dan tidak mahir menggunakan computer,apatah lagi menggunkana Microsoft. Selain itu juga PEDi membantu saya mempromosikan dengan cara yang betul dan berkesan.
KISAH KEJAYAAN : WAN ZURINA BINTI WAN NORDIN
Nama : Wan Zurina Binti Wan Nordin
Umur : 31 tahun
Ahli : 2019
Latar belakang
Beliau merupakan seorang suri rumah. Beliau memulakan perniagaan sejak tahun 2017 secara kecil-kecilan melalui mulut ke mulut. Perniagaan pertama yang beliau ceburi adalah dari produk Avon. Beliau pemulakan perniagaannya secara serius sejak tahun 2018. Kini beliau masih aktif berniaga tetapi meluaskan perniagaannya dengan menjual barangan EKEA, menjual frame, minyak wangi, dan membuat ansuran bayaran untuk perabot secara online dan offline dari rumah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penglibatan beliau sebagai ahli NADI Kg Telemin, pendapatan bulanan beliau hanya dalan sekitar RM 50 – RM100 sahaja sebulan dan pelanggan beliau anggaran sekitar 3 – 10 orang sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Setelah penglibatan beliau sebagai ahli NADI Kg Telemin, hasil dari perniagaan beliau sebagai dropship, beliau berjaya memperkenalkan perniagaan beliau kepada umum melalui penggunaan media social seperti aplikasi facebook, whassup dan wechat sebagai laluan untuk mempromosikan perniagaan beliau, kini pendapatan beliau mencecah RM200 – RM300 sebulan dengan anggaran pelanggan seramai 10 - 20 orang seminggu dari serata tempat. Alhamdulillah
NAMA : MARYANI BINTI MUHAMAD
UMUR : 46 TAHUN
Latar belakang
Mula berniaga kecil-kecilan dari rumah membuat burger dan menerima tempahan pelajar asrama. Kemudian beliau mula mengambil tender kantin sekolah semenjak tahun 2004. Setelah tamat kontrak kantin beliau mula berniaga di pasar malam dan pekan sari Lipis dan Padang Tengku. Sekarang beliau telah berjinak-jinak dengan menerima tempahan dari jabatan kerajaan dan juga kenduri kawin
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penglibatan PEDi beliau hanya memulakan perniagaan kecilnya hanya melalui mulut mempromotkan jualannya serta perkhidmatan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas penglibatan PEDi, beliau dapat mengikuti contoh-contoh ayat iklan yang lebih popular pada masa sekarang. Disamping itu beiau dapat belajar cara membuat ayat dan copy-writing yang lebih berkeyakinan dalam mengiklankan perkhidmatan yang beliau buat.
Apa yang dipelajari melalui PEDi
- Mengisi borang dalam e-perolehan
- Cara mempromosikan, kenalan di media Facebook
- Membuat iklan produk melalui aplikasi mudah seperti Microsoft word
- Membuat iklan mudah menggunakan aplikasi android
Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
PEDi telah mengajar saya untuk mendapatkan hasil gambar yang berkualiti walaupun hanya menggunakan telefon bimbit sahaja. Teknik yang betul membuat iklan di media sosial melalui laman muka buku (facebook). Namun oleh kerana kekangan masa yang terhad kerana saya menerima tempahan makanan saya jarang dapat menghadiri kelas keusahawanan dan sangat mengejar masa. Jika ada masa terluang saya akan menghubungi petugas untuk menempah masa untuk menhadiri kelas
NAMA : MUHAMAD ADAM HAZIQUE BIN ABDULLAH
UMUR : 11 Tahun
KEAHLIAN : 2018
Latar belakang
Merupakan anak tunggal di dalam keluarga. Bersekolah di sekolah kebangsaan Berchang, Jarak dari rumah ke NADI lebih kurang 10 kilomiter bukanlah menjadi satu penghalang untuk beliau datang setiap minggu untuk belajar menggunakan komputer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum hadir dan belajar di NADI, beliau hanya mengetahui menggunakan computer secara asas, untuk membuka aplikasi pembelajaran seperti Microsoft word masih belum faham dan kepantasan menulis menggunakan keybord juga sangat lemah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas menjadi ahli di NADI, beliau sangat rajin datang setiap hari ahad untuk belajar komputer di NADI. Beliau telah mahir menggunakan aplikasi Microsoft, terutamanya menggunakan Microsoft words dan Microsoft power point.
Halaman 1 dari 2