NAMA : MARYANI BINTI MUHAMAD

UMUR : 46 TAHUN

Latar belakang
Mula berniaga kecil-kecilan dari rumah membuat burger dan menerima tempahan pelajar asrama. Kemudian beliau mula mengambil tender kantin sekolah semenjak tahun 2004. Setelah tamat kontrak kantin beliau mula berniaga di pasar malam dan pekan sari Lipis dan Padang Tengku. Sekarang beliau telah berjinak-jinak dengan menerima tempahan dari jabatan kerajaan dan juga kenduri kawin

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan PEDi beliau hanya memulakan perniagaan kecilnya hanya melalui mulut mempromotkan jualannya serta perkhidmatan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penglibatan PEDi, beliau dapat mengikuti contoh-contoh ayat iklan yang lebih popular pada masa sekarang. Disamping itu beiau dapat belajar cara membuat ayat dan copy-writing yang lebih berkeyakinan dalam mengiklankan perkhidmatan yang beliau buat.

Apa yang dipelajari melalui PEDi

- Mengisi borang dalam e-perolehan
- Cara mempromosikan, kenalan di media Facebook
- Membuat iklan produk melalui aplikasi mudah seperti Microsoft word
- Membuat iklan mudah menggunakan aplikasi android

Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

PEDi telah mengajar saya untuk mendapatkan hasil gambar yang berkualiti walaupun hanya menggunakan telefon bimbit sahaja. Teknik yang betul membuat iklan di media sosial melalui laman muka buku (facebook). Namun oleh kerana kekangan masa yang terhad kerana saya menerima tempahan makanan saya jarang dapat menghadiri kelas keusahawanan dan sangat mengejar masa. Jika ada masa terluang saya akan menghubungi petugas untuk menempah masa untuk menhadiri kelas