USAHAWAN SABUN ORGANIK HOME MADE

NAMA : LUKMAN AL HAKIM BIN HAMDAN
UMUR : 31 TAHUN
AHLI : 2018

 

Latar belakang

Encik Lukman Al Hakim seorang usahawan yang mana pada mulanya beliau merupakan pengusaha lebh madu kelulut. Melihat pasaran yang sangat baik dari segi sambutan madu tersebut, beliau cuba mengorak langkah untuk memperluaskan lagi perusahaan beliau dengan mencuba satu lagi bidang dari hasil lebah madu kelulut. Kini belaiau berjaya menghasilkan sabun buatan sendiri berasaskan madu lebah kelulut. Dalam masa terdekat, beliau sedang berusaha untuk menghasilkan scrub dan balm madu lebah ini.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI

Sebelum penggunaan ICT, pemasaran sabun dari madu lebah kelulut hanya tertumpu pada kawasan sekitar Lipis sahaja, malah sambutannya juga adalah sangat terhad. Sebelum penggunaan ICT juga kadar jualan sabun adalah sekitar 20 hingga 30 buku sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan NADI

Selepas penggunaan ICT dan PEDi, beliau dapat meningkatkan sebanyak 100% hasil jualan, di mana sekarang hasil jualan beliau mencecah 70 hingga 80 sabun buku sebulan. Beliau sangat teruja untuk menggunakan media sosial sebagai satu platform untuk memasarkan produk beliau. bagi pembeli di luar kawasan Lipis, beliau akan menggunakan khidmat pos  laju untuk penghantaran.