Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:
- 1. tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
- 2. bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
- 3. sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh /
- merawat lepuh;
- 4. membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan
- campuran kloroks;
- 5. memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
- 6. membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.
Klinik Kesihatan Padang Tengku merupakan sebuah klinik yang terdapat di sekitar padang tengku.
- Klinik Kesihatan Ibu dan Anak.
- klinik pergigian
Waktu beroperasi adalah pada setiap hari isnin-jumaat antara Jam 8.00am-5.00pm.
Alamat: PADANG TENGKU,KUALA LIPIS PAHANG
Tel : 09-3291534
Klinik tutup pada setiap cuti umum.
gambar: Map klinik Padang Tengku
gambar : Program Penyusuan Susu Ibu 2015 di Klinik Kesihatan Padang Tengku.
gambar : Program Derma darah anjuran Kospen dan Klinik Kesihatan Padang Tengku.
gambar: Pemeriksaan Kesihatan di Program Kospen, Klinik Kesihatan Padang Tengku