KISAH KEJAYAAN : WAN ZURINA BINTI WAN NORDIN
Nama : Wan Zurina Binti Wan Nordin
Umur : 31 tahun
Ahli : 2019
Latar belakang
Beliau merupakan seorang suri rumah. Beliau memulakan perniagaan sejak tahun 2017 secara kecil-kecilan melalui mulut ke mulut. Perniagaan pertama yang beliau ceburi adalah dari produk Avon. Beliau pemulakan perniagaannya secara serius sejak tahun 2018. Kini beliau masih aktif berniaga tetapi meluaskan perniagaannya dengan menjual barangan EKEA, menjual frame, minyak wangi, dan membuat ansuran bayaran untuk perabot secara online dan offline dari rumah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penglibatan beliau sebagai ahli NADI Kg Telemin, pendapatan bulanan beliau hanya dalan sekitar RM 50 – RM100 sahaja sebulan dan pelanggan beliau anggaran sekitar 3 – 10 orang sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Setelah penglibatan beliau sebagai ahli NADI Kg Telemin, hasil dari perniagaan beliau sebagai dropship, beliau berjaya memperkenalkan perniagaan beliau kepada umum melalui penggunaan media social seperti aplikasi facebook, whassup dan wechat sebagai laluan untuk mempromosikan perniagaan beliau, kini pendapatan beliau mencecah RM200 – RM300 sebulan dengan anggaran pelanggan seramai 10 - 20 orang seminggu dari serata tempat. Alhamdulillah