PELANCONGAN
Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai destinasi yang menarik untuk tarikan pelancongan yang boleh dikunjungi kerana mempunyai pelbagai daya tarikan seperti air terjun, gua batu kapur, keunikan flora dan fauna serta hidupan liar. Di antara destinasi pelancongan yang terdapat di daerah Lipis ialah Gua Bama, Hutan Lipur Terenggun, Taman Rimba Kenong, Empang Jaleh dan banyak lagi. Di sekitar kampung Telemin destinasi yang sentiasa dikunjungi adalah Tasik Selimbang iaitu sebuah tempat yang sangat sesuai untuk aktiviti perkhemahan.
Tasik Selimbang mempunyai tasik /sungai dan terdapat aktiviti menternak ikan talapia oleh pengusaha tempatan. Mempunyai hutan dan bukit bukau dan amat sesuai bagi aktiviti perkhemahan.
Di Tasik selimbang juga terdapat aktiviti memancing bagi kaki pancing.
gambar : AKTIVITI DI TASIK SELIMBANG