NAMA            : Farah Azeera Binti Faisal

UMUR            : 27 Tahun

KEAHLIAN    : 2018

 

Latar belakang

 

Beliau pemulakan perkhidmatannya secara serius selepas berhenti kerja sebagai penasihat kewangan di CIMB Kuantan sejak tahun 2017 sehingga kini. Minat yang mendalam dalam bidang solekan membuatkan beliau bersemangat untuk memulakan perniagaan sendiri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan beliau sebagai ahli NADI Kg Telemin, pendapatan bulanan beliau hanya dalan sekitar RM 500 – RM1000 sahaja sebulan dan pelanggan beliau anggaran sekitar 3 – 4 orang sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah penglibatan beliau sebagai ahli NADI Kg Telemin, hasil dari perkhidmatan sebagai jurusolek, beliau Berjaya memperkenalkan perkhidmatan beliau kepada umum melalui penggunaan media social seperti aplikasi facebook, whassupdan Instagram sebagai laluan untuk mempromosikan perkhidmatan beliau, kini pendapatan beliau mencecah RM2000 – RM3000 sebulan dengan anggaran pelanggan seramai 5-10 orang seminggu dari serata tempat. Alhamdulillah

USAHAWAN HERBA TRADISIONAL DAN TUKANG URUT TRADISIONAL

 

Nama          :     Norazimah bt Zulkifli

Umur          :     31

Ahli             :     2018

 

Latar belakang

Puan Azimah merupakan seorang tukang urut kesihatan yang telah menyertai beberapa kursus yang melayakkan beliau untuk diiktiraf sebagai tukang urut. Beliau juga merupakan usahawan kecil yang menghasilkan minyak dan herba kesihatan.Sebelum ini, perkhidmatan beliau hanya dikenali melalui mulut ke mulut sahaja. Beliau membuat perkhidmatan melalui rumah ke rumah

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM200 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan tidak tetap.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh NADI Kg.Telemin, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan perniagaan dan perkhidmatan beliau. Pelanggan beliau bukan sekadar jiran sahaja, tetapi juga dari penduduk sekitar, kampong-kampung sebelah kenalan rapat dan kenalan jauh. yang mana mereka mengetahui perniagaan dan perkhidmatan yang beliau tawarkan melalui  iklan di facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah hampir RM1000 sebulan.

 

nn

USAHAWAN SABUN ORGANIK HOME MADE

NAMA : LUKMAN AL HAKIM BIN HAMDAN
UMUR : 31 TAHUN
AHLI : 2018

 

Latar belakang

Encik Lukman Al Hakim seorang usahawan yang mana pada mulanya beliau merupakan pengusaha lebh madu kelulut. Melihat pasaran yang sangat baik dari segi sambutan madu tersebut, beliau cuba mengorak langkah untuk memperluaskan lagi perusahaan beliau dengan mencuba satu lagi bidang dari hasil lebah madu kelulut. Kini belaiau berjaya menghasilkan sabun buatan sendiri berasaskan madu lebah kelulut. Dalam masa terdekat, beliau sedang berusaha untuk menghasilkan scrub dan balm madu lebah ini.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI

Sebelum penggunaan ICT, pemasaran sabun dari madu lebah kelulut hanya tertumpu pada kawasan sekitar Lipis sahaja, malah sambutannya juga adalah sangat terhad. Sebelum penggunaan ICT juga kadar jualan sabun adalah sekitar 20 hingga 30 buku sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan NADI

Selepas penggunaan ICT dan PEDi, beliau dapat meningkatkan sebanyak 100% hasil jualan, di mana sekarang hasil jualan beliau mencecah 70 hingga 80 sabun buku sebulan. Beliau sangat teruja untuk menggunakan media sosial sebagai satu platform untuk memasarkan produk beliau. bagi pembeli di luar kawasan Lipis, beliau akan menggunakan khidmat pos  laju untuk penghantaran.

 

 

 

 

 

 

KISAH KEJAYAAN SARAH BANU @ PN SITI SARAHNURZIELIANA

 

Nama     :      Siti Sarahnurzieliana Binti Abdullah

Umur     :       27 tahun

Ahli        :       2018

 

Latar belakang :

Puan Sarah merupakan seorang suri rumah tangga yang berkelulusan dalam bidang kejururawatan telah menceburi bidang perniagaan sejak tahun 2012 selepas menghabiskan pengajian. Disebabkan peluang pekerjaan untuk beliau pada masa itu, beliau mula berjinak-jinak dengan perniagaan atas talian secara sambilan bagi menampung kehidupan seharian. Setelah itu, beliau mula meniaga di pasar pagi, carbooth sale dan jelajah karnival sekitar bandar Lipis.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan NADI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM200 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan tidak tetap.

 

Selepas Pennggunaan ICT / Penglibatan NADI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg.Telemin, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan perniagaan dan perkhidmatan beliau. Pelanggan beliau bukan sekadar jiran sahaja, tetapi juga dari penduduk sekitar, kampung-kampung sebelah kenalan rapat dan kenalan jauh. yang mana mereka mengetahui perniagaan dan perkhidmatan yang beliau tawarkan melalui  iklan di facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah hampir RM500 sebulan.

 

                   SARAH BANU