MAKANAN SEJUK BEKU.
Makanan sejuk atau sejuk dingin membawa maksud makan yang yang di simpan pada suhu -1 darjah C hingga +10 darjah C. Manakala makanan beku ialah di simpan pada suhu -18 darjah C ke bawah. Tujuan makanan di simpan dalam suhu ini untuk memastikan makanan terus segar dan tahan lama. Suhu persekitaran makanan dikawal supaya mikroorganisma tidak boleh menyebabkan makanan itu menjadi rosak dan busuk.
Perkembangan penyelidikan dan pembangunan telah menghasilkan makanan proses dan juga makanan segera boleh di pasarkan dalam sejuk beku seperti roti canai segera, karipap segera dan berbagai masakan lagi dengan cara ini. Pengusaha makanan sejuk beku perlu mengambil kira gelagat atau behaviorism pengguna khususnya nenentukan saiz bungkusan, harga pasaran dan persaingan dan juga pusingan penghantaran produk mereka ke permis jualan.
Usahawan produk ini juga harus memberi tumpuan kepada aktiviti kesedaran dan promosi penggunaan produk sejuk beku seperti berikan demonstrasi kualiti produk mereka sama seperti kualiti produk segar. Antara usahawan yang mengusahakan makananan sejuk beku di sekitar kg Telemin adalah Puan Halimatun Saadiah dari Kg Beralas. Beliau sudah lama mengusahakan perniagaan ini dan merupakan produk yang mendapat permintaan tinggi daripada penduduk tempatan Kualiti roti canai sejuk beku boleh dikatakan lebih rangup dari roti canai segar. Usahawan roti canai sejuk beku boleh buktikan dengan pengguna dengan promosi di pasar-pasar raya hypermarket. Aktiviti promosi ini perlu berterusan akan meningkatkan lagi jumlah dan meningkatkan lagi produk sejuk beku di pasaran terbuka.
Pasar raya atau pasar raya besar (hyper market) masih merupakan saluran pemasaran yang besar dan penting. Tapi masalah dengan pasar-pasar raya ialah mereka cuba beli barangan dengan murah dan jual dengan harga tinggi. Keuntungan akan menjadi rendah dan syarat-syarat di kenakan adalah sangat sukar bagi usahawan-usahawan kecil-kecilan dalam bidang sejuk bekuan ini. Namun begitu jangan lupa pada pasar raya serbanika atau kedai-kedai runcit masih berupaya penting untuk pemasaran ini.
Faktor-faktor mempengaruhi pembelian produk sejuk bekuan ialah:
- Promosi hadiah percuma untuk pembelian.
- Ada tertulis bahan-bahan yang digunaka (ingredients).
- Cita rasa pengguna
- Tanda Logo Halal
- Harga berpatutan.
- Ada diskaun.
- Mudah diperolehi.
- Mudah untuk menyediakan.
- Pembungkusan yang menarik.
- Produk Bumiputera.
- Saiz pembungkusan.
- Label yang menarik dengan tertulis tarikh luput dan tarikh dikeluarkan.
Antara contoh makananan sejuk beku yang dihasilkan oleh Pn. Halimatun ialah donut,roti canai, kuih karipap dan pelbagai lagi.