PROGRAM MESRA IT DUN PADANG TENGKU
TARIKH : 21 APRIL 2018
MASA : 08.00 am - 01.00 pm
LOKASI : SK LKTP KECHAU 1
PESERTA : KANAK-KANAK, BELIA DAN WANITA
Tujuan :
Program ini dihadiri oleh kanak-kanak, belia dan wanita yang tinggal di kawasan Dun Padang Tengku. Kebanyakan pengunjung yang hadir adalah di kalangan ahli PEDi sendiri iaitu ahli PEDi Tempoyang, PEDi Kampung Telemin, PEDi Pagar Sasak, PEDi Sungai Temau dan PEDi Merapoh. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada golongan masyarakat berkenaan penyebaran berita palsu dan Klik Dengan Bijak di samping mempromosikan Pusat Ekonomi Digital kepada masyarakat sekitar.
Aktiviti :
Sepanjang program ini berlangsung, para pengunjung disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat, antaranya adalah pertandingan menaip dengan pantas, menyusun gambar KLIK DENGAN BIJAK serta ceramah berkenaan KEPENTINGAN PORTAL sebenarnya.my. Program ini memberi kelebihan kepada para pengunjung agar dapat mengenal berita palsu yang tersebar sama ada berita berita tersebuta dalah benar atau hanyalah rekaan semata-mata. Sepanjang program ini juga pengunjung dapat melihat pameran dariPDRM, BOMBA, KOSPEN DAN JPAM.
Tarikh : 3 Febuari 2018
Masa : 10.00 am ~ 11.30 am
Lokasi : PI Kg Telemin
Peserta : Kanak-kanak dan remaja
Tujuan :
Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta penggunaan Microsoft Office Publisher. Semasa kelas ini dijalankan, peserta diajar bagaimana cara untuk menaip brochure menggunakan aplikasi Microsoft Publisher. Peserta dapat belajar menaip dan membuat brochuce dengan lebih kreatif selain menggunakan aplikasi yang kerap digunakan seperti microsoft word.
Aktiviti :
Kelas bermula seawal jam 10 pagi dan berakhir 11.30 pagi. Kelas dimulakan dengan sesi pengenalan Microsost Publisher. Kemudian barulah peserta dikendaki mula menaip brochure sehingga selesai.
LAPORAN AKTIVITI : KELAS MICROSOFT WORD (MEMBUAT KAD JEMPUTAN)
TARIKH : 26 NOVEMBER 2017
MASA : 2.30 PTG - 4.30 PTG
LOKASI : PI KG TELEMIN
PESERTA : KANAK-KANAK DAN REMAJA
Tujuan :
Kelas ini dihadiri oleh beberapa orang kanak-kanak dan perserta remaja. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta bahawa tanpa aplikasi khas, peserta masih boleh membuat kad jemputan yang menarik dan setanding dengan aplikasi khas dengan hanya menggunakan beberapa teknik dan cara yang betul.
Aktiviti :
Peserta perlu mencari beberapa gambar yang menarik di internet untuk dibuat hiasan muka depan. Kemudian memuat turun gambar tersebut sebelum mengedit gambar tersebut agar kelihatan menarik dan sesuai dengan kad jemputan. Seterusnya barulah peserta dikehendaki memasukkan shape, add text ke dalam kad tersebut serta memasukkan word art yang menarik dan berwarna-warni agar kelihatan menarik dan nampak seperti mahal. Dengan hanya menggunakan teknik yang mudah dan cara yang betul, kad jemputan peserta kelihatan seperti menggunakan aplikasi khas ditambah pula dengan kreativiti peserta yang kreatif.
salah satu contoh kad jemputan peserta
LAPORAN AKTIVITI : KELAS ASAS TEKNOLOGI MALUMAT DAN PENGENALAN KOMPUTER
TARIKH : 21 JANUARI 2018
MASA : 10 PAGI HINGGA 12 TENGAHARI
LOKASI : PI KAMPUNG TELEMIN
PESERTA : 6 ORANG
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 6 orang kanak berusia dalam lingkungan 10 hingga 15 tahun. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menggalakkan golongan belia untuk mengenal aplikasi asas yang terdapat pada komputer selain dari memberi pendedahan kepada mereka untuk menaip tanpa aplikasi tambahan seperti Microsoft Office.
Aktiviti
Peserta diajar mengenal aplikasi notepad dan bagaimana aplikasi ini berfungsi. Aplikasi ini berfungsi untuk menaip dokumen namun terdapat juga kelemahannya. Di dalam kelas ini peserta dikehendaki membuat latihan menaip laju berdasarkan artikel yang diberikan. Peserta juga boleh menaip surat sama seperti aplikasi Microsoft Word tertapi tidak dapat memasukkan gambar.
LAPORAN AKTIVITI : KELAS KEUSAHAWAN
TARIKH : 10 OKTOBER 2017
MASA : 10 PAGI HINGGA 11.30 PAGI
LOKASI : PI KAMPUNG TELEMIN
PESERTA : 1 ORANG WANITA
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh seorang wanita. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menggalakkan golongan belia, wanita atau suri rumah untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan serta memberi pendedahan bagi memudahkan mereka menguruskan perniagaan mereka melalui perniagaan atas talian.
Aktiviti
Peserta diajar bagaimana untuk membuat akaun media sosial instagram bagi tujuan memasukkan gambar aktiviti atau gambar produk untuk dipromosikan secara atas talian. Di dalam kelas ini, peserta perlu memasukkan email atau nombor telefon sebelum mencipta akaun serta maklumat diri atau maklumat perniagaan secara ringkas sebagai pengenalan di akaun instagram. Kemudian barulah memasukkan gambar aktiviti atau gambar produk. Akhir sekali peserta boleh mencari mana-mana individu untuk diikuti.