LAPORAN AKTIVITI : KELAS MICROSOFT WORD (MEMBUAT KAD JEMPUTAN)

 

TARIKH     :         26 NOVEMBER 2017

MASA        :         2.30 PTG - 4.30 PTG

LOKASI     :        PI KG TELEMIN

PESERTA  :        KANAK-KANAK DAN REMAJA

 

Tujuan :

Kelas ini dihadiri oleh beberapa orang kanak-kanak dan perserta remaja. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta bahawa tanpa aplikasi khas, peserta masih boleh membuat kad jemputan yang menarik dan setanding dengan aplikasi khas dengan hanya menggunakan beberapa teknik dan cara yang betul.

 

Aktiviti :

Peserta perlu mencari beberapa gambar yang menarik di internet untuk dibuat hiasan muka depan. Kemudian memuat turun gambar tersebut sebelum mengedit gambar tersebut agar kelihatan menarik dan sesuai dengan kad jemputan. Seterusnya barulah peserta dikehendaki memasukkan shape, add text ke dalam kad tersebut serta memasukkan word art yang menarik dan berwarna-warni agar kelihatan menarik dan nampak seperti mahal. Dengan hanya menggunakan teknik yang mudah dan cara yang betul, kad jemputan peserta kelihatan seperti menggunakan aplikasi khas ditambah pula dengan kreativiti peserta yang kreatif.

              IMG 3004

                 salah satu contoh kad jemputan peserta