LAPORAN AKTIVITI : KELAS KEUSAHAWAN

 

TARIKH      :       10 OKTOBER 2017

MASA         :       10 PAGI HINGGA 11.30 PAGI

LOKASI      :       PI KAMPUNG TELEMIN

PESERTA   :       1 ORANG WANITA

 

Tujuan 

Kelas ini dihadiri oleh seorang wanita. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menggalakkan golongan belia, wanita atau suri rumah untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan serta memberi pendedahan bagi memudahkan mereka menguruskan perniagaan mereka melalui perniagaan atas talian.

 

Aktiviti

Peserta diajar bagaimana untuk membuat akaun media sosial instagram bagi tujuan memasukkan gambar aktiviti atau gambar produk untuk dipromosikan secara atas talian. Di dalam kelas ini, peserta perlu memasukkan email atau nombor telefon sebelum mencipta akaun serta maklumat diri  atau maklumat perniagaan secara ringkas sebagai pengenalan di akaun instagram. Kemudian barulah memasukkan gambar aktiviti atau gambar produk. Akhir sekali peserta boleh mencari mana-mana individu untuk diikuti.

 

IMG 2973