Puan Syahida Iqlima merupakan seorang suri rumah yang mempunyai 3 orang anak. Beliau tidak bekerja dan hanya mengasuh anak-anaknya yang masih kecil manakala suaminya mencari rezeki menjual satey. Beliau mula berkecimpung dalam dunia perniagaan online kira-kira setahun yang lalu, lantaran kebosanan tinggal di rumah dan melayan anak-anak sahaja. Pada permulaannya beliau terlibat sebagai droship minyak wangi. Kemudian seorang rakannya telah mengajak beliau untuk pergi kursus membuat barangan kosmetik homemade dengan selamat. Beliau telah menyertainya. Sekarang beliau telah mengeluarkan produk sabun kosmetik homemade yang berasaskan bahan-bahan organik.